Wednesday, May 20, 2009

hari2 yang tak indah dan menyeramkan..

wahai semangat untuk aku study..
datang lah kepadaku..
kerana aku sangat lah malas sekarang ni..
di harap sesiapa yang terjumpa semangat itu..
cepat2 lah pulangkan kepadaku..
huhu..
sebenarnya, hari ni tak ada lah benda yang indah sangat..
sama saja seperti hari2 sebelumnya..
tetapi lek ajak memancing di kolam takungan smart tunnel tu..
hehe,,
bestnya..
lama tak pergi memancing..
mama pula balik petang tadi..
dia cerita..
pagi tadi dia cuba buka alarm kereta..
bila dia buka saja..
alarm tu tutup balik..
pelik lah.. kena sampai tiga kali..
lepas tu mama terus lari masuk rumah..
may be tempat tu keras sedikit..
huhu..
tak tau..
lek pun menambahlah cerita..
dia cakap masa dia menginap di hotel kat kuantan dan bukit freser..
kena kacau..
yang pertama kali.. dalam bilik..
lek letak saja fail tu atas meja..
pandang saja tempat lain..
terus jatuh fail 2..
lek angkat balik..
letak balik atas meja..
jatuh lagi..
sampai 3 kali..
lepas tu lek cakap..
sekali lagi jatuh..
saya pindah bilik..
terus tak jatuh lagi lepas tu..
pengalaman kedua..
pintu kena ketuk..
buka saja pintu, tak ada orang..
berkali2 jadi..lepas tu lek tanya lah orang situ..
dia orang cakap biasa jadi.. tempat tu mmg keras..
kesimpulannya,
cerita lek aku boleh percaya lagi..
yang cerita mama hari ini..
kurang sedikit lah..
may be mama tertekan..
mana lah tahu..
huhu..
apa2 pun.. lu pk lah sendiri..

Tuesday, May 19, 2009

tinggal 25 hari sahaja untuk pro exam..

hari ni kehidupan aku masih sama..
tidak berubah daripada semalam..
macam mana ya hendak merubah hidup..
nak jadikan fantasi sebagai realiti..
huahh..
macam cerita di TV saja..
sebenarnya, mama tak ada hari ni..
hehe..
so, aman dan sunyi sedikit rumah ni..
kalau mama ada, riuh rendah dengan suara dia..
mama tidur di melaka malam ni..
esok mungkin dia akan balik..
anak dia ni pula..
masih malas seperti semalam..
tetepi aku ada semangat baru pula malam ni..
untuk belajar..
selepas aku menonton wresling..
hampir pukul 12 baru aku nak mula belajar..
tadi semasa tengok TV, ada hamba allah ni bagi masej..
dia cakap tak boleh tidur..
jadi aku pun layan..
entah lah, rasa lama pula dia tak ada di sini..
aku mula dah rasa ri**u..
hehe.. malu lah nak cakap..
aku ingatkan semangat untuk aku belajar akan berterusan..
tiba2 aku rasa malas kembali..
sebab tu aku tulis sesuatu di blog ni..
untuk mengembalikan mood aku yang telah hilang..
mungkin pada masa ini hampir kebanyakkan orang dah tidur..
di rumah ini pun semua dah tidur..
tinggal aku sahaja..
aku berharap sesiapa yang membaca tulisan ini akan mendoakan kejayaan aku..
tetapi aku tahu, tiada siapa yang dapat mengubah diri kita selain diri kita sendiri..
oleh itu,
chayok2 fareez..
aku tahu kau boleh buat..
cuma jangan malas2 dan selalu ingat pada si dia ya...

Monday, May 18, 2009

fareez.. kenapa malas sangat ni..

apa lah nak jadi dengan aku ni..
asyik malas saja..
tidur lewat..
ingat nak bangun awal study..
awal lah sangat..
nasib baik bangun subuh..
tu pun mama kejut..
kalau tak, melayang lah subuh tu..
huhu..
selepas solat subuh, aku kejut seseorang..
memang tugas aku.. macam suami pula ye..
selepas tu, aku tidur balik..
hei, fareez..
kamu ni memang tak tahan dugaan langsung lah..
itu bary dugaan katil..
belum dugaan2 lain lagi..
hurm, lepas saja dihayut mimpi..
aku pun bangun..
kelihatan jam di dinding pukul 11..
alamak.. dah nak tengahari..
tetapi semua itu tidak menghalang aku daripada terus tidur..
haha..
dan....
aku pun bangun apabila perutku berkeroncong (lapar lah namanya)
aku mengalihkan badanku dari katil dan terus menuju ke dapur..
banyaknya lauk2..
kata hatiku..
aku tanpa membuang masa terus menerejah semua makanan yang ada..
oleh kerana aku masih ada isi perut..
aku tinggalkan lah sisa2 lebihan untuk orang lain makan..
haha..
seorang abang yang baik..
kemudian.. kedengaran azan zohor berkumandang..
aku tunggu apa lagi..
tak baik melengahkan solat..
aku pun terus solat..
selepas itu,
semangat untuk aku belajar berkobar2..
tetapi semangat itu tidak dapat melawan semangat aku untuk sambung perjalanan mimpi ku yang tertangguh tadi..
haha..
sedapnya tidur..
akhirnya..
aku bangun juga selepas enak dibuai mimpi pada pukul 6..
aku pun terus mandi dan solat asar..
dan..
aku bertaubat...
aku menghabiskan waktu malam aku untuk belajar dan menyambut hari jadi mama ku..
ini lah yang terjadi pada 18 mei 2009..
adakah ia akan berkaku lagi pada keesokan harinya..
kita tunggu dan lihat...
huahhhhh...

selamat hari jadi mama..

hari ini hari jadi mama..
mama baru saja balik dari melaka..
ada kerja katanya..
dah lah sampai KL pukul 9 lebih..
lepas tu, terus pergi KFC..
kesian mama..
tak apa lah, janji dapat makan kfc..
yum2.. hehe..
macam budak2 lah aku ni..
kadang2 pun aku rasa kesian sangat2 pada mama..
teruk juga dia kerja..
matron katakan..
tapi nanti aku pun sama saja..
lebih kurang macam tu juga..
minggu ni mama asyik ulang-alik saja dari melaka ke KL..
esok mama tak balik Kl, dia kena temankan bos2 pergi dinner di melaka..
tak apa lah.. fareez tak kisah..
janji mama ok kan..
takut juga lah nanti..
mama bawa kereta..
dah lah penat2..
karang apa jadi..
hurm...
sekali lagi, fareez ucapkan selamat hari jadi..
pada mama ku sayang..
Faridah binti Johari..
hehe..
mama dah tua..
51 tahun..
terima kasih atas semua jasa mama..
tak terbalas fareez..
hehe.. dah lah birthday mama dekat dengan hari ibu..
fareez dah belikan mama kek kan..
beli kek tu dan dapat 1 bunga free..
mama mesti suka dapat benda tu kan..
lepas ni birthday fareez..
24 mei..
huhu..
apa yang ingin ku minta dari mama ya???